Medium interplanet Sistem_Suria

Rencana–rencana utama: Medium interplanet dan Heliosfera

Sepanjang dengan cahaya, Matahari menyinarkan arus berterusan dari zarah bercaj (sebuah plasma) yang dikenali sebagai angin suria. Arus dari zarah ini menyebar kepada luaran secara kasarnya 1.5 juta kilometer per jam,[32] mewujudkan atmosfera halus (iaitu heliosfera) yang merebakkan Sistem Suria ke luar pada skurang-kurangnya 100 AU (lihat heliopaus).[33] Ini dikenali sebagai sebagai medium interplanet. Aktiviti pada permukaan Matahari, seperti pemarak suria dan jisim pelentingan koronal, menggangu heliosfera itu, mewujudkan cuaca angkasa dan menyebabkan ribut geomagnetik.[34] Struktur terbesar di dalam heliosfera adalah helaian semasa heliosferik, satu bentuk spiral yang diwujudkan oleh tindakan putaran medan magnetik dari Matahari pada medium interplanet.[35][36]

Medan magnetik Bumi menghalang atmosferanya dari ditanggalkan oleh angin suria. Zuhrah dan Marikh, tidak mempunyai medan magnetik, dan akibatnya, angin suria menyebabkan atmosfera mereka secara beransurnya dilukakan ke angkasa.[37] Jisim pelentingan koronal dan peristiwa yang mirip menghembuskan medan magnetik dan kuantiti besar bahan dari permukaan Matahari. Interaksi dari medan magnetik ini dan bahan dengan medan magnetik Bumi mencorongkan zarah bercaj kepada atmosfera atas Bumi, iaitu interaksinya mewujudkan aurorae dilihat berdekatan kutub magnetik.

Sinaran kosmik berasal dari luar Sistem Suria. Heliosfera secara separanya memerisaikan Sistem Suria, dan medan magnetik planet (untuk planet yang mempunyainya) juga memberikan sesetengah perlindungan. Kepadatan sinaran kosmik dalam medium interstelar dan kekuatan dari medan magnetik matahari berubah pada skala masa yang amat panjang, jadi peringkat sinaran kosmik dalam Sistem Suria berbeza, meskipun dengan berapa banyak adalah tidak diketahui.[38]

Medium interplanet merupakan rumah kepada sekurang-kurangnya dua rantau cakera-mirip dari debu kosmik. Yang pertama, awan debu zodiak, berada pada Sistem Suria dalaman dan menyebabkan cahaya zodiak. Ianya telah kemungkinan dibentuk oleh perlanggaran di dalam lingkaran asteroid dengan interaksi dengan planet.[39] Yang kedua mengembang dari sekitar 10 AU, dan telah kemungkinan diwujudkan oleh perlanggaran mirip di dalam lingkaran Kuiper.[40][41]

Rujukan

WikiPedia: Sistem_Suria http://www.vub.ac.be/STER/www.astro/chibio.htm http://www.ras.ucalgary.ca/CGPS/press/aas00/pr/pr_... http://www.astro.utoronto.ca/~mhvk/AST221/L20/L20_... http://www.fourmilab.ch/cgi-bin/uncgi/Solar/ http://www.classzone.com/books/earth_science/terc/... http://books.google.com/?id=2JuGDL144BEC&pg=PA66&d... http://hypertextbook.com/facts/2002/StacyLeong.sht... http://www.m-w.com/dictionary/solar%20system http://www.nature.com/nature/journal/v426/n6965/ab... http://space.newscientist.com/article/mg19325850.9...